"Tiada larangan penumpang duduk di sebelah pemandu..." - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular satu rakaman di media sosial yang didakwa pemandunya disaman kerana isterinya duduk di bahagian penumpang hadapan. Rakaman tersebut mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan kekeliruan pada orang ramai.


Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara tersebut bukan seperti yang didakwa tetapi perbuatan tersebut adalah cubaan untuk merosakkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, tiada ketetapan yang melarang penumpang duduk di sebelah pemandu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Perkara ini saya telah jawab beberapa kali bahawa tidak ada ketetapan yang memerlukan mereka yang menaiki kenderaan, seorang kena duduk hadapan seorang duduk di belakang. Malah, jika datang daripada satu keluarga tidak memakai pelitup muka di dalam kereta pun tidak salah, namun semalam ada seorang pemandu menyebarkan video kononnya disaman kerana perkara itu.

“Setelah disiasat, didapati individu itu dikenakan tindakan kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya.

Bagi membersihkan nama baik PDRM, beliau meminta pihak polis untuk segera mengambil tindakan terhadap individu berkenaan termasuk mereka yang menyebarkan klip video tersebut di media sosial.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen