Demi rawatan anak, mak ayah sanggup redah hujan lebat naik motor dari Perak ke HKL

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana ibu bapa sanggup lakukan apa sahaja demi kesembuhan anak tercinta. Walaupun terpaksa berkorban semua itu tidak mengapa asalkan anak kembali sihat seperti kanak-kanak yang lain. Itulah yang dilalui sepasang suami isteri ini demi anak tersayang.


Menunggang motosikal dari Perak ke HKL

Menerusi perkongsian Nur Natasya, dia dan suami terpaksa menunggang motosikal dari Perak untuk membawa anak mereka Mardhiah ke pusat perubatan HKL. Walaupun tindakan ini merupakan satu yang berisiko, namun keputusan itu terpaksa diambil kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Bukan itu sahaja, dalam perjalanan keadaan cuaca tidak menyebelahi mereka dimana mereka terpaksa redah hujan lebat sebelum berjumpa tempat berteduh dan menggantikan baju anaknya itu. Ketika sambung perjalanan dia juga sempat menggantikan suaminya membawa motosikal agar suaminya dapat berehat sebentar.

Bertemu dengan orang baik-baik

Alhamdulillah, didatangi dua orang pemuda yang menaiki 4x4 dan tanpa diduga mereka ingin menumpangkan sehingga ke tempat yang dituju. Walaupun dalam hati bimbang tidak lepas sekatan polis, namun syukur atas keprihatinan anggota polis Allah permudahkan urusan mereka.

Bahkan, mereka bersyukur kerana mendapat tajaan hotel dari pihak yang tidak dikenali. Bukan itu sahaja, ketika dalam perjalanan pulang, mereka sekali lagi dibantu oleh seseorang yang tidak dikenali yang disebut sebagai abang Alza. Jelasnya lelaki tersebut memberi Mardhiah sedikit wang ketika mereka sedang memberi roti.

Terima kasih atas segala bantuan

Dia yang sangat bersyukur ditemuikan orang yang baik-baik serta berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan disaat mereka sememangnya memerlukan. Malah dia juga sempat memanjatkan doa buat mereka-mereka yang menghulurkan bantuan kepadanya.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai yang turut mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan urusan dan Mardhiah dapat pulih sepenuhnya.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen