Berhenti kerja sebagai doktor pilih jadi suri rumah, Nubhan hargai pengorbanan isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan satu perkara yang mudah dalam membuat keputusan memilih antara kerjaya dan juga keluarga. Tapi sebagai seorang isteri dan juga ibu, tentunya keluarga adalah lebih penting.


Itulah yang dialami oleh isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Tawfek yang merasakan membuat keputusan sebagai doktor gigi bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan.

Menurut Afifah, dari awal perkahwinan, banyak keputusan yang dia harus pertimbangkan demi kebaikan diri sendiri serta keluarganya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram miliknya, dia berkongsi sedikit perjalanan hidupnya saat bergelar seorang ibu juga wanita berkerjaya. Baginya itu perkara tersebut memang agak memenatkan tetapi membahagiakan.

Ibu kepada dua orang ini juga menjelaskan rasa syukur, walaupun dia berkerja tetapi masih dapat beri susu badan sepenuhnya kepada kedua orang anaknya.



Dalam perkongsian yang lain, dia yang throwback beberapa keping gambar saat suaminya meraikan persaraannya beberapa hari lalu. Malah, dia sempat mengingati kata suaminya pernah yang menyatakan bahawa suri rumah ini kerja paling mulia.

“Pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia.”

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai dari pengikutnya malah rata-rata memberi kata semangat buat dirinya.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen