Pakej majlis kahwin terjejas teruk sewaktu PKPB

Setiap pasangan pengantin mengimpikan majlis yang meriah dan mereka akan memilih pakej perkahwinan yang terbaik. Namun, sejak berlakunya Perintah kawalan pergerakan (PKP) perniagaan penyediaan pakej perkahwinan sedikit terjejas.

 


1. Perkahwinan yang sederhana


Sewaktu PKP berlangsung ramai pasangan yang mengambil keputusan untuk melaksanakan perkahwinan secara sederhana kerana ingin menjimatkan kos serta masa. Pakej perkahwinan selalunya melibatkan kanopi dan hadiah untuk tetamu. Hal ini akan membuatkan para pengantin mengeluarkan banyak kos.

 


2. Perintah kerajaan


Kerajaan telah memerintahkan setiap perniagaan yang melibatkan perkahwinan adalah dilarang. Hal ini telah memberikan impak negatif terhadap pengusaha yang menyediakan pakej perkahwinan. Oleh yang demikian, mereka meminta kerajaan memberikan sedikit kelonggaran kepada mereka.


3. Staf hilang pekerjaan


Ketika PKP banyak pihak yang terjejas lebih-lebih lagi pekerja swasta. Dan disebabkan itu, pihak yang menyediakan pakej perkhawinan tidak dapat menjalankan perniagaan mereka dengan baik seterusnya pekerja terpaksa dikurangkan.


4. Kurangnya permintaan


Para pengantin kurang mengambil pakej perkahwinan kerana mereka tidak dapat meraihkan majlis mereka dengan meriah. Oleh sebab itu, ada sesetengah pasangan memilih untuk menunda majlis mereka dan hal ini menyebabkan pihak pengusaha mengalami kerugian kerana telah menyediakan kad dan sebagainya.

 

Kesimpulannya, pelanggan dan juga pengusaha perlulah berbincang bersama agar dapat mencapai satu kata putus yang memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen