Nikah pada waktu PKPB peluang terbaik pasangan pengantin untuk jimat

Oleh: Siti Nur Ain

Seperti yang kita sedia maklum, pada waktu PKPB ramai pasangan mengambil keputusan untuk bernikah. Tidak kira lama atau sekejap waktu perhubungan, mereka tetap mengambil keputusan untuk bernikah saat musim PKPB. Tetapi mengapa pasangan lebih memilih waktu seperti ini untuk bernikah?

Di bawah ini terdapat point mengapa pasangan lebih memilih waktu PKPB untuk melangsungkan pernikahan mereka.

1. Tak keluarkan banyak modal

Kebiasaan untuk mengikuti ‘trend’ yang sedia ada, modal untuk nikah sahaja sudah hampir sama dengan modal bersanding.  Sehingga banyak modal dihabiskan begitu sahaja. Ketika musim inilah pasangan boleh menyimpan duit tersebut untuk perkara lebih penting selepas bernikah.

2. Tidak membazir

Nikah pada waktu ini sangat menjimatkan, kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk majlis makan yang kebiasaannya akan dilakukan. Cukup sekadar membuat majlis doa selamat dan lauk pauk diberi kepada jiran tetangga. Lebih bersederhana dan mengikut apa yang diajarkan oleh Islam.

3. Tidak menjadi buah mulut

Ramai juga pasangan yang ingin melakukan majlis secara sederhana dan lebih memudahkan. Tetapi kebiasaannya keluarga tidak menyetujui, kerana akan menjadi sindiran dan buah mulut jiran tetangga. Jika pasangan memilih bernikah saat ini, bukan sahaja jimat malah tidak menjadi perbincangan hangat antara jiran-jiran.

4. Mendekatkkan jarak

Bagi yang berhubungan jarak jauh, inilah saat paling tepat untuk mereka menghalalkan hubungannya. Kekangan masa yang tidak dapat dielak seringkali menunda niat mereka, sehingga tiada masa sesuai untuk bernikah. Sehingga waktu inilah masa paling sesuai untuk bernikah kerana lebih mudah, cepat dan ringkas.

Sebagai pasangan, anda haruslah bijak memilih masa untuk melangsungkan pernikahan. Bukan sahaja menguntungkan anda, malah juga memberi manfaat selepas perkahwinan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen