"Majlis akad nikah boleh dibatalkan sekiranya tidak patuhi SOP..." - JHEAIK

Oleh: Zuzu Yasmine

Alhamdulillah, majlis akad nikah masih boleh dilakukan walaupun perlu mengikuti peraturan dan juga SOP yang ditetapkan. Nampaknya selepas ini tiada lagi penangguhan majlis akad nikah, cuma majlis kenduri kahwin sahaja tidak dibenarkan berikutan Wabak Covid-19 semakin mengganas.


Menerusi Harian Metro, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) membenarkan urusan nikah, cerai dan rujuk berjalan seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Pengarahnya, Mohd Yusri Md Daud berkata, urusan terbabit masih boleh dilakukan di semua Pejabat Agama Islam Daerah, namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Hanya 6 individu dan mas kahwin

Menurutnya, majlis akad nikah boleh dibuat Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk serta imam di masjid kariah masing-masing atau menggunakan wakalah pengantin lelaki.

"Bagaimanapun, majlis akad nikah perlu dilaksana di masjid kariah pengantin perempuan dalam tempoh 20 minit dan hanya dihadiri enam individu iaitu jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan walinya.

"Hanya mas kahwin, borang serta dokumen berkaitan akad nikah sahaja dibenarkan dibawa ke masjid dan pihak masjid harus memastikan semua tetamu bersurai segera sebaik majlis selesai," katanya.

Boleh dibatalkan

Katanya lagi, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk boleh membatalkan majlis akad nikah sekiranya arahan tentang tatacara berkenaan tidak dipatuhi.

"Selain penjarakan fizikal dan tiada berjabat tangan ketika lafaz, turut dilarang upacara lain di kawasan masjid seperti membatalkan air sembahyang, menyarung cincin, bergambar dan lain-lain.

"Sepanjang tempoh PKPB ini juga, JHEAIK menangguhkan pelaksanaan kursus pra perkahwinan dan digantikan dengan temuduga," ujarnya.

 


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen