Nikmati saat indah bercinta selepas kahwin, Syahrini akui belajar masak demi suami tercinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Sepanjang tempoh pendemik Covid-19 melanda dunia ini, tentu ramai yang mengambil peluang dengan meluangkan masa bersama insan tersayang. Nak-nak lagi buat pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga, tentunya saat ini sangat berharga dan bahagia.


Begitu juga dengan selebriti Indonesia Syahrini yang dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama suami tersayang Reino Barack ketika wabak Covid-19 sedang melanda.

Bermanja dengan suami tersayang

Menerusi laporan mStar, Syahrini menyatakan bahawa kini dia lebih rajin memasak dan mencuba pelbagai resipi baharu terutamanya kek dan kuih muih. Walaupun tidak begitu mahir memasak, tetapi dia tetap mencuba pelbagai jenis masakan.

"Alhamdulillah saya sedang menikmati masa-masa indah bercinta selepas berkahwin. Apa lagi sepanjang Covid-19 ini lebih banyak masa di rumah jadi suami semakin manja... mahu itu dan mahu ini!.

"Sekarang belajar memasak, selalu salah... buat donat pun gagal, jadi buat kek sahaja.

"Memasak belum tahu, kalau buat puding saya boleh! Untuk kek pula yang tak terlalu banyak kalori. Masih belajar lagi. Ada masanya sedap, ada juga yang tak sedap," katanya.

Belajar memasak

Katanya, dikesempatan ini juga dia sedang mempelajari ilmu masakan daripada cef yang berkerja di restoran milik suaminya berikutan mereka tidak dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

"Memandangkan restoran suami ditutup buat sementara waktu dan semua cef tak dibenarkan pulang ke negara masing-masing, jadi saya belajar memasak bersama mereka.

"Kadang-kadang kami guna panggilan video sahaja. Ada cef dari Itali dan Jepun!" ujarnya.

Terdahulu, Syahrini dan suami telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2019 selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen