Sharifah Zarina tak halang jika anak gadisnya berkahwin pada usia muda

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang merasakan bahawa berkahwin muda ini sesuatu yang agak janggal pada ketika ini. Mana tidaknya, segelintir masyarakat dan juga ibu bapa merasakan anak-anak masih muda untuk memikul tanggung jawab yang besar.


Namun berlainan pula dengan penyanyi Sharifah Zarina ini yang mana beliau dikatakan tidak menghalang sekiranya anak-anaknya ingin berkahwin pada usia yang muda jika itu sememangnya jodohnya.

Beliau yang juga berkahwin pada usia muda iaitu 21 tahun menyatakan bahawa seboleh-bolehnya beliau mahukan kehidupan anak-anaknya terjamin dan stabil sebelum memilih untuk berkahwin di usia muda.

“Seperti Athalia misalnya, kalau dijodohkan berkahwin awal saya reda. Tapi kalau saya tengok kehidupan dia sekarang, dia sentiasa mencari bahan untuk bekerja… dari kecil lagi sebenarnya dia sangat suka berbisnes.

“Kadang-kadang ada baiknya dia teruskan hidup dia apa yang ada sekarang ini dulu, cari duit dan pelajaran sebanyak mungkin.

“Jadi, apabila sampai masa dia nak kahwin dia dah betul-betul establish. Selepas itu kalau dia nak kahwin terpulang. Saya tiada masalah dan saya reda,” katanya.

Katanya jangan risau jika kahwin di usia muda atau dipaksa kahwin di usia yang sangat muda kerana ada kelebihannya kerana akan dianggap seperti adik beradik apabila keluar bersama anak-anak dan boleh berkongsi hobi bersama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen