"Solat jemaah bersama pasangan kuatkan lagi rasa cinta suami isteri..." - Imam Muda Hassan

Walaupun ramai yang mengeluh kerana penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan. Malah, ramai yang kehilangan perkerjaan dan ada juga yang terpaksa berkerja dari rumah mungkin akan timbulkan sedikit tekanan.



Namun cuba pandang pada sudut positifnya. Masa inilah yang boleh digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama insan tersayang buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Nak-nak lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, tentunya pergerakan terbatas.

Menerusi Instagram milik Imam Muda Hassan, suami isteri perlu ambil peluang untuk memperbaki hubungan pada waktu PKPB ini. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan solat berjemaah bersama pasangan.

Menurutnya, sebelum ini tentu banyak halangan seperti tiada masa atau sibuk berkerja, tapi ini bila lebih banyak di rumah jangan lepaskan peluang untuk rebut pahala tersebut. Nak-nak lagi sekarang ini nak solat berjemaah di surau atau masjid juga telah dihadkan jemaahnya.

Besar fadhilat yang akan diperolehi jika melakukan solat berjemaah antara suami isteri ini.

“Solat berjemaah besar fadhilatnya, Nabi SAW bersabda solat berjemaah lebih baik dari solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda. Bayangkan bilamana solat berjemaah suami dan isteri, cinta suami isteri 27 kali ganda Allah kurniakan in shaa Allah.”

Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi kesannya akan dirasai dalam rumah tangga tersebut yang dipanggil keberkatan. Sebab itulah digalakkan kejar peluang ini.

Di akhir perkongsian itu juga, beliau turut berharap dengan melakukan solat berjemaah antara suami isteri itu menguatkan rasa cinta dan membuang segala sikap yang tidak baik dalam diri suami isteri.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen