"Terima kasih untuk 14 tahun ini sayang..." - Ucapan romantis Datuk Fazley Yaakob buat isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Adat berumah tangga kadang kala akan ada perselisihan faham, kadang akan merajuk manja. Itulah detik-detik yang akan memberi kenangan terindah dalam alam perkahwinan. Nak-nak lagi bila sudah lama mendirikan rumah tangga.


Genap 14 tahun berkongsi hidup, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa bahagianya buat isteri tercinta Datin Azrene Ahmad di laman Instagram miliknya bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Bersama pautan video istimewa yang berlatar belakangkan lagu berjudul November itu, terlihat dari awal perkenalan, pernikahan dan juga saat mereka menimang cahaya mata. Rakaman tersebut mengimbau kembali kenangan mereka bersama.



Dalam nukilannya juga tertulis, beliau meluahkan rasa syukur kerana sudah 14 tahun mereka jalani kehidupan bahagia. Walaupun ada saat suka dan duka, namun beliau bersyukur kerana diberi keizinan untuk pertahankan rumah tangga yang dibina.

Menurutnya, bukan satu perkara yang mudah untuk pertahankan rumah tangga yang terbina, malah dia harapkan imannya sentiasa kuat dalam hadapi ujian rumah tangga dan juga membesarkan anak-anaknya.

Dikesempatan itu juga, beliau sempat mengucapkan terima kasih buat isterinya, kerana sentiasa ada disaat beliau tidak memiliki apa-apa sehinggalah sekarang ini.


“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” tulisnya.


Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari pengikut Instagramnya, malah rata-rata mereka mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahiwnan dan berharap hubungan mereka suami isteri ini berkekalan hingga ke syurga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen