Cinta pandang pertama di atas pentas, tak sangka akhirnya ke jinjang pelamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sangka mulanya hanya menjadi salah seorang peserta sahaja dan saling berkerjasama untuk bergelar juara. Tapi dalam diam, tak sangka bibit-bibit cinta mula muncul tanpa dipinta.


Itulah yang berlaku kepada pasangan ini, apabila jatuh cinta pandang pertama di atas pentas ‘Lagu Cinta Kita’ dan telah membawa hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Malah perkenalan singkat itu juga membuatkan bekas juara program Lagu Cinta Kita iaitu Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga sejurus tamat program berkenaan.

Jatuh cinta pandang pertama

Menurut Naqi, perasaan suka sama suka antara mereka itu sudah ada semenjak pertama kali bertentang mata di atas pentas program berkenaan lagi namun mereka tetap bersikap profesional dan mengenepikan rasa hati terlebih dahulu.

Sikap Ayuni yang lembut, matang dan ikhlas itu yang membuatnya jatuh cinta kepada Ayuni.

“Perjalanan cinta kami, dua-dua single. Kami jadi profesional walaupun dalam hati dah mula suka sama suka, tapi simpan je perasaan tu dan fokus pada pertandingan. Tak pernah terfikir pun akan memang tapi kami memang fokus untuk ke final,” ujarnya.

Tak nak tunggu lama

Tidak mahu menunggu lama, mereka mula meluahkan perasaan selepas program berkenaan tamat dan memutuskan untuk bernikah selepas lima bulan berkenalan.

Naqi juga berkata bahawa mereka tidak meletakkan harapan untuk bertemu jodoh dalam program berkenaan walaupun pada ketika itu masing-masing masih single.

Mudah betul urusan jodoh mereka ini. Diharapkan terus berbahagia dan kekal hingga ke jannah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen