"Terima kasih abang, 11 tahun yang sangat membahagiakan..." -Balu nahas kemalangan jalan raya

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah kehilangan insan tersayang, nak-nak lagi bukan seorang tetapi tiga orang tentunya memberi trauma yang mendalam dalam hidup. Bukan saja kehilangan tempat bergantung, tetapi hilang juga anak-anak yang menceriakan hidup.


Bukan sesuatu perkara yang mudah, tapi itulah terpaksa dilalui oleh Shamshira Mohd Norizin, 31, yang kehilangan suami Hafize Nizam Ali Supian, 30, serta dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Afeef Rafiqie, 9, dan Arrian Nuh, 6, selepas kenderaan berat dinaiki mereka terbabas dan terbalik.

Tak berani nak pulang ke rumah

Menurut Shamshira, dia masih lagi tidak percaya suami dan dua anaknya sudah tiada namun, dia perlu terus kuat demi anak bongsunya Adeeb Hud, 2. Bahkan dia juga masih belum berani pulang ke rumahnya sendiri.

"Saya hilang tiga insan tersayang dalam sekelip mata dan masih terngiang-ngiang suara dan gelak ketawa mereka.

"Saya rasa kosong, buat sementara waktu ini saya akan tinggal bersama ibu kerana belum ada kekuatan pulang ke rumah sewa yang menyimpan memori kami lima beranak apatah lagi 28 November ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11," katanya.

Sikap anak-anak tak seperti biasa

Sempat berkongsi kenangan sebelum berlaku kejadian, dia menyatakan bahawa ada perubahan sikap pada anak-anaknya tetapi tidak suaminya yang sama seperti biasa.

"Anak kedua yang suka makan jadi tidak mahu makan ketika kami makan bersama, manakala abangnya pula mahu makan kerana sebelum ini dia yang kurang makan.

"Arwah suami juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia hanya berpesan supaya berhati-hati ketika memandu sebelum dia dan dua anak menaiki treler," ujarnya.

Dia juga menegaskan perlu membiasakan diri tanpa insan tersayang biarpun hakikat itu perit untuk dilalui.

Bagi meringankan beban yang dilalui, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga itu dan akan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban Shamshira yang tidak berkerja.

Semoga Shamshira diberi kekuatan untuk teruskan hidup bersama anak bongsu mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen