“Hanya ajal dapat memisahkan..." - Suami isteri meninggal dunia selang 15 jam

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga selama 64 tahun ini telah meninggal dunia selang 15 jam antara satu sama lain di Hulu Terengganu, Terengganu.


Berdasarkan laporan Kosmo! Online, isterinya Wan Zainun Wan Chik, 84, meninggal dunia pada pukul 6.48 pagi akibat kanser usus tahap lima di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Manakala suaminya pula, Wan Yahya Wan Husein, 87, ‘pergi’ kira-kira 15 jam kemudian sekitar pukul 9.40 malam di rumah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut anak sulung pasangan ini, Wan Rahimah, 63 memberitahu bahawa ayahnya kelihatan tidak bermaya selepas emaknya dimasukkan ke hospital. Mereka sempat berjumpa buat kali terakhir dan bapanya juga menangis ketika itu.

“Dalam pertemuan tera­khir hampir sejam itu, ayah pegang erat tangan dan renung wajah emak dalam-dalam sambil menangis,” ujarnya.

Selepas tahu berita kematian emaknya, dalam keadaan uzur bapanya masih gagahkan juga untuk hadir pada upacara pengebumian ibunya. Namun selang beberapa jam pula jenazah ayahnya pula selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama pada pukul 9 pagi.

Wan Rahimah yang menyifatkan bahawa ibu bapanya pasangan yang romantik dan tidak pernah sekali pun bergaduh besar.

“Mereka selalu membuat keputusan bersama sepanjang 64 tahun berkahwin,” katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen