"Dia anak yang baik, ustaz..." - Ayah Siti Surya menangis, Ustaz Ebit Lew datang berikan semangat

Oleh: Zuzu Yasmine

Turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, pendakhwah bebas Ustaz Ebit Lew mencari kesempatan pergi ke Terengganu untuk melihat dan menziarahi keadaan keluarga mangsa.


Pelukan tangisan bapa Surya

Menerusi perkongsian laman Facebook beliau, ayah mangsa Ismail Muda, 58, yang tersentuh akan kehadirannya terus memeluk memeluknya bagi menyambut kedatangannya. Beliau turut merasai kesedihan yang menimpa keluarga ini.



Luahan hati seorang bapa

Lebih menyentuhkan hati apabila bapa mangsa meluahkan rasa terkilan dengan kejadian yang berlaku kerana Allahyarham disifatkan sebagai anak yang baik dan rela berkorban demi menjaga ibunya yang sakit.

“Saya tak dapat lupa ustaz. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.

“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah,” luahnya.


Kisah nabi sebagai teladan


Bagi menguatkan kembali semangat yang agak rapuh, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi kisah Nabi Yakob A.S yang kehilangan Nabi Yusuf A.S kepada keluarga berkenaan.

Dalam kesempatan itu juga, Ustaz Ebit Lew sempat memberi sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan keluarga ini terus diberi kekuatan.



Minta untuk ziarahi keluarga suspek

Perkara ini menarik perhatian ramai, yang mana ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa. Malah, ada juga yang meminta agar Ustaz Ebit Lew turut menziarahi keluarga suspek yang mana turut terkesan dengan kejadian tersebut.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen