Pertama kali berjumpa bakal ibu mertua, ini 5 jenis hadiah yang wajib korang berikan kepadanya

Oleh: Siti Nur Ain

Pertemuan kali pertama dengan keluarga pasangan, mestilah kita mahu yang terbaik untuk beri kesan positif kepada keluarganya. Terutama ibunya kerana restu ibu adalah penting bagi melancarkan langkah seterusnya. Sudah tentu kita ingin memenangi hati dan berharap disukai olehnya dan keluarga dia.

Untuk mengambil hatinya ketika pertama kali bertemu, anda boleh memberinya hadiah sebagai tanda salam perkenalan. Sudah tentu lebih manis dan elok ketika membawa sesuatu berbanding tiada. Di sini kami menyenaraikan hadiah yang boleh anda bawak ketika berjumpa.

1. Set barang dapur

Kebiasannya, ibu-ibu menyukai set barang dapur. Untuk menjadi koleksi dan tatapannya walaupun tidak digunakan. Anda boleh memberikan set dapur yang bagi anda cantik dan unik untuk diberikan kepadanya. Pasti mereka akan menyukainya.

2. Makanan berkhasiat

Anda juga boleh memberinya makanan berkhasiat contohnya vitamin. Tetapi sebelum itu anda harus bertanya kepada pasangan anda adakah ibunya mempunyai ‘allergic’ tertentu dengan ubat. Kerana merbahaya jika anda tersalah memberi ubat walaupun hanya sekadar vitamin.

3. Perhiasan

Perhiasan seperti bahan baju, kain batik, atau gelang juga boleh diberikan. Perempuan menyukai perhiasan begitu juga dengan ibu mereka yang pasti akan menyukainya. Tidak perlu mahal dan mewah, cukup sekadar mengikut kemampuan diri untuk diberikannya.

4. Buah tangan

Jika anda baru pulang bercuti, atau anda tidak tahu apa yang ingin dibelikan. Cukup sekadar membawa buah tangan contohnya buah-buahan atau barang yang popular dari tempat anda. Jika pasangan anda memberitahu keluarganya anda baru sahaja pergi bercuti dan tidak membawa apa-apa, pasti suasana akan menjadi kekok.

5. Barang klasik

Kebanyakkan orang tua menyukai barang klasik untuk dijadikan koleksi. Jika anda berkemampuan, anda boleh memberikan lampu pelita lama, telifon klasik dan sebagainya. Tetapi juga cukup sekadar barang lama yang tidak akan membebankan anda untuk diberikan.

Itu adalah senarai-senarai barang yang anda boleh berikan kepada bakal mak mertua anda. Bagi bakal menantu, kita haruslah menunjukkan sisi baik kita kepada keluarganya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen