PU Riz dedah sangat utamakan pandangan ibu tentang jodoh

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya ramai yang ingin berkenalan dengan jejaka yang dikaitkan dengan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa ini. Pemuda yang dikatakan telah merisik Neelofa ini nampaknya tidak kesah jika digelar anak emak.


Pu Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, merupakan salah seorang peserta program realiti, Pencentus Ummah (PU) musim keempat.



Keakraban beliau dan juga Neelofa terlihat apabila sering berkerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan oleh Neelofa sendiri.

Tak kisah dipanggil anak emak

Sesiapa yang mengenali beliau, tentunya tahu bahawa beliau ini cukup rapat dengan ibunya, malah beliau juga mengakui tidak kisah jika dilabel sebagai ‘anak emak’.



Menurut PU Riz, sepanjang beliau menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara dilakukan berjalan lancar.

“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit malah melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar pun saya mahu penuhi permintaan ibu. Saya masuk dunia seni pun atas restunya,” katanya.

Tanya ibu bab jodoh

Bukan itu saja, beliau juga akan mendahulukan pendapat ibunya juga jika membabitkan jodoh malah kalau ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur.

“Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu, malah taraf ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga ada menyebut ibu lebih berbanding bapa.

“Bagi seorang isteri pula, suami merupakan nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti sayan sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup suasana beragama,” ujarnya.

Terdahulu, PU Riz dikatakan sudah merisik Neelofa dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen