"Sejuk hati ibu..." - Anak diam-diam selitkan nota serta bekal bimbang ibu tak sempat makan

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak ini sememangnya menghiburkan ibu bapa mereka. Tidak kiralah disaat sedang lakukan pelbagai bagai ragam ataupun sedang bermanja inginkan perhatian. Semua ini akan menjadi perkara yang dirindui bila anak-anak meningkat dewasa kelak.



Kalau selalu kita dengar anak-anak meragam nak mainan atau melakukan sepah, tetapi berlainan dengan anak wanita ini. Dikatakan anaknya itu setiap hati akan bekalkan ibunya makanan sebelum pergi kerja secara senyap-senyap.

Bekal buat ibu serta nota kasih sayang

Dikongsikan oleh Arzuliana Arshad melalui Anak Sepah Apa Hari Ini? di Fecbook, dia menyatakan bahawa anaknya yang bongsu itu adalah seorang yang penyayang.

Menurutnya, suaminya akan membelikan makanan buat anaknya sebelum berangkat ke sekolah, tapi sebaliknya pula berlaku dimana anaknya pula bimbang jika ibunya tidak sempat menjamah makanan di tempat kerja.


Mulanya dia agak terkejut kerana entah bila anaknya itu meletakkan bekal tersebut di dalam beg. Bukan sekadar bekal sahaja, tetapi anak lelakinya itu juga turut menulis nota buat ibu tersayang. Aduh sweet betul anaknya itu.

Tersentuh ibu dengan segala tulisan nota

Terharu dengan tindakan anaknya itu, Arzuliana akan berair mata apabila membaca nota-nota yang diberi.



Dalam kiriman nota itu terdapat pelbagai pesanan yang dikirimkan antaranya seperti berhati-hati memandu dan menyuruh ibunya makan makanan tersebut. Sejuk hati ibu kalau hari-hari dapat nota macam ini.

Perkara ini telah mendapat perhatian dari warganet, malah ramai yang memuji sikap anak tersebut serta bersyukur mendapat anak yang menyejukkan hati. Diharapkan sikap anak ini akan kekal hingga dewasa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen