Elakkan sentiasa cemburu dengan pasangan, takut nanti dia berasa tak selesa

Oleh: Siti Nur Ain

Setiap pasangan tidak akan terlepas dari perasaan cemburu. Tidak kira sebelum kahwin atau pun selepas kahwin, kerana perkara itu adalah lumrah dalam hubungan. Malah cemburu juga tandanya sayang dan takut kehilangan pasangannya.

Bagaimana pula jika pasangan mengalami cemburu buta? Malah selalu terjadi pertengkaran kerana cemburu yang tidak berasas, hingga boleh mengakibatkan perpisahan. Di sini kami menyenaraikan cara mengatasi cemburu buta.

1. Mengenali dan memahami personaliti

Setiap dari kita pasti memiliki personaliti yang berbeza, begitu juga dengan pasangan. Andai kita sudah mengetahui pasangan kita seorang yang cemburu, maka janganlah kita sengaja membuat dia salah faham. Kita perlulah tenang untuk mengimbangi dan menangani dengan bijak sikap cemburu pasangan.

2. Kenalpasti punca penyebab 

Setiap masalah pasti ada puncanya, begitu juga dengan masalah pasangan anda cemburu. Kenalpasti mengapa sebab dia cemburu dan terangkan secara lembut agar dirinya faham. Beri bukti, tunjukkan kepada mereka bahawa hanya dia yang anda cinta dan sayang.

3. Hormati pasangan

Jika anda selalu merasa curiga dan cemburu, anda harus sedar bahawa pasangan anda juga manusia. Dimana dia tetap mempunyai perasaan. Anda perlulah meletakkan kepercayaan anda kepada pasangan. Kerana setiap hubungan memerlukan kepercayaan dan agar pasangan anda tidak merasa terkongkong, bosan dengan anda.

4. Cipta keyakinan diri

Perasaan ‘insecure’ dan rendah diri selalu menjadi punca, mengapa wanita akan cemburu melihat pasangannya bersama dengan mereka yang baginya sangat cantik dan moden. Anda perlulah membina keyakinan diri untuk tidak berfikiran negatif. Kerana jika memang pasangan anda mencintai anda, pasti di matanya hanya anda menarik hati dan perasaannya.

Cemburu itu lumrah tetapi jangan lah cemburu buta sehingga merosakkan hubungan. Kerana setiap pasangan pasti tidak mahu berlakunya pergaduhan hingga akhirnya berpisah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen