Bolehkah introvert berpasangan dengan introvert? Tak bosan ke?

Apabila berkenalan dengan insan yang memiliki sifat introvert dan anda juga merupakan seorang yang introvert, hal tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan apabila kalian merupakan pasangan yang introvert.

 


1. Lebih memahami


Mereka memiliki sifat yang sama dan menjadikan mereka memahami mengapa pasangan mereka senyap dan suka menyendiri. Hal ini dapat mengelakkan kesalahfahaman antara mereka.


2. Ekspresikan diri


Apabila pasangan introvert bertemu, mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dan minat yang sama. Mereka tidak mempunyai kesulitan menyatakan keinginan mereka terhadap pasangan mereka malah mereka juga akan berkongsi minat yang sama. Hal ini mudah bagi mereka untuk berkongsi pendapat.


3. Suasana rumah agak sepi


Sifat orang introvert adalah suka menyendiri dan apabila mereka telah berkahwin sifat tersebut akan terbawa sekali. Oleh itu, keadaan rumah akan sedikit sepi kerana masing-masing akan membawa haluan masing-masing.


4. Kurang komunikasi


Pasangan yang introvert akan mudah untuk berkomunikasi namun tidak bermakna secara kerap. Mereka lebih memilih untuk memendam rasa dan menyimpan pandangan mereka tentang sesuatu perkara. Sikap ini hanya mampu difahami oleh golongan introvert sahaja.


Kesimpulannya, apabila saling mencintai seharusnya sanggup menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Perkara yang penting adalah bagaimana usaha kita untuk mempertahankan hubungan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen