Masih senyum bergambar depan mahkamah, perpisahan pasangan Instafamous ini beri banyak pengajaran

Oleh: Zuzu Yasmine

Impian setiap pasangan untuk mendirikan rumah tangga tentunya ingin kekal berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Itulah nama impian dan perancangan, tetapi Allah lebih mengetahui segalanya, mana yang terbaik buat hamba-Nya.


Perpisahan bukan perlu dendam

Boleh jadi perpisahan yang tidak diingini itulah jalan yang terbaik buat keduanya, seperti perkongsian Farah Fakhira ini, perpisahan itu bukan bermakna perlu berdendam tetapi boleh menjadi peluang memperbaiki diri masing-masing.

Kisah perpisahan pasangan Instafamous ini memberi pengajaran kepada ramai pasangan.

Beliau menjelaskan bahawa jodoh itu bukan semasa ingin berkahwin tetapi semasa berumah tangga juga perlukan jodoh. Malah akan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat bekas suaminya. 

Saya sentiasa doakan yang terbaik buat awak! 

Ruang memperbaiki diri masing-masing

Beliau yang baru saja bercerai dengan suaminya, tidak menyimpan sebarang dendam tetapi lebih memandang dari sudut yang baik selepas berlakunya perpisahan ini.

Bukan itu saja dia juga masih mengingati setiap kebaikan ketika berkongsi hidup dengan bekas suaminya.

Sedikit pesanan

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut berkongsi sedikit pesanan daripada hakim yang menghakimi perbicaraannya. Mana tahu pesanan itu sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang sedang berjuang di luar sana.

“Andai tiada lagi hati untuk bersama, ia tidak mampu untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik malah ketika hati sudah tiada lagi buat pasangan, itupun merupakan satu dosa. Sebab itu adanya penceraian, bukan menyalahkan mana-mana tapi membaiki diri kita sendiri.”

Mendapat kata-kata semangat dari orang sekeliling dan pengikutnya di Instagram, diharapkan Farah Fakhira terus kuat hadapi dugaan hidup dan dipermudakan segalanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen