Cinta dua benua ada je selisih faham, lepas suami isteri turunkan ego lebih bahagia

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun sudah berkenalan dan bercinta dengan pasangan sebelum mendirikan rumah tangga, tapi rupanya banyak perkara lagi yang tidak diketahui mengenai pasangan.

Kalau masa bercinta masing-masing boleh lawan siapa ego, tapi kalau selepas kahwin masih amalkan sikap seperti itu tentunya akan memberi kemudaratan kepada rumah tangga.



Awal rumah tangga ada proses nak fahami dan kenal pasangan, jadi memang akan ada salah faham dan kadang rasa tak serasi tapi jika cuba saling memahami apa yang pasangan mahukan tentu rumah tangga akan menjadi lebih mudah.



Cinta dua benua labih banyak selisih faham

Macam pasangan suami isteri ini, Nur Afilah Amir Rushdi telah mendirikan rumah tangga bersama Adama Muhamed Camara yang berasal Guinea, Afrika Barat yang mengakui bahawa awal perkahwinannya dulu tidak seindah sekarang.



Menurut Fila, meskipun mereka nampak bahagia namun dia mengakui bahawa mereka suami isteri kerap bertengkar kerana perbezaan pendirian serta rasa ingin menang dalam pertengkaran.



Sekarang lebih bahagia berbanding awal kahwin

Jelasnya, dia bukanlah seorang wanita manja manakala suaminya pun tidak begitu sweet seperti yang dilihat di media sosial. Namun, semuanya itu berubah apabila mereka menemui keserasian bersama selepas kedua-duanya belajar merendahkan ego sendiri selain menerapkan sikap sabar.



Nak rumah tangga bahagia banyak perkara yang perlu dikorbankan, terutama ego sendiri selain sabar dengan sikap pasangan. Suami isteri kena sama-sama mainkan peranan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen