Walau duduk di kerusi roda, bapa tetap gagahkan diri datang tengok anak bersara

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun sudah meningkat dewasa, sedikit pun tidak berkurangan kasih seorang ayah ini. Meskipun anak-anak sudah mampu menjaga diri mereka sendiri tetapi ayah sentiasa akan menjadi pelindung buat anak-anaknya. Itulah kasih seorang ayah yang tiada gantinya.


Ingin berjalan walaupun kaki bengkak dan sakit

Seperti seorang ayah ini, walaupun dalam keadan yang uzur dan sudah tidak kuat berjalan namun dia gagahkan jua dirinya ke persaraan anaknya yang bertugas sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu.



Terkejut akan kehadiran bapanya itu, Noor Laily Md Salleh, 60, seorang Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) di PPD berkenaan, berkata dia tidak menyangka bapanya Md Salleh Hashim, 87, sanggup berjalan perlahan-lahan masuk ke dewan yang ketika itu sedang berlangsung majlis persaraannya.

"Saya sudah dimaklumkan bapa akan hadir namun tidak sangka dia sanggup berjalan masuk ke dewan biarpun kakinya bengkak dan sakit.

"Berlinang air mata saya apabila melihat dia berjalan masuk ke dewan, setelah beberapa langkah, seorang rakan berjaya memujuknya menaiki kerusi roda, ia menyebabkan suasana dewan bertukar menjadi hiba dengan tindak balas spontan saya berjalan sambil menangis pergi kepada bapa saya," katanya.




Teruja selepas beberapa kali terlepas graduasi

Menurut Noor Laily, bapanya itu sudah beberapa kali terlepas terlepas untuk menghadiri majlis graduasinya ketika belajar di maktab termasuk di United Kingdom (UK) sebelum ini, itu yang membuatnya bersemangat untuk ke majlis persaraannya.

Noor Laily mengjangkakan yang bapanya itu hanya menunggunya di pejabat untuk melihat beliau mengetik kad perakam waktu keluar hari terakhirnya di PPD.

"Saya antara anak paling rapat dengan bapa. Sewaktu remaja dulu saya berkelakuan ala budak lelaki, ke mana bapa pergi saya akan ikut, kemudian dia yang menggalakkan saya menjadi guru dan sanggup membawa saya pergi mengambil borang untuk menyambung belajar di maktab dan seterusnya di UK.

"Dia banyak berkorban untuk saya malah hari ini dia sanggup menahan sakit dan berjalan sedangkan di rumah dia tidak mampu berjalan seperti itu, betapa kuat semangat bapa saya untuk melihat hari terakhir saya di pejabat," ujarnya.

Itulah kasih seorang ayah yang tiada batas, semoga kita semua menghargai segala jasa dan pengorbanan ayah selagi masih hidup.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen