Ini panduan dan SOP yang perlu dipatuhi jika anda nikah pada waktu PKPB

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah diarahkan untuk batalkan sebarang majlis nikah kahwin terutama di tiga daerah ini, Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Selangor. Kini dua kawasan selain Selangor telah dibenarkan untuk mengadakan majlis pernikahan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan melalui laman web dan facebooknya bahawa warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November dibenarkan untuk mengadakan majlis pernikahan.



Perlu diingatkan bahawa, majlis pernikahan tersebut perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Majlis ini juga hanya dibenarkan melalui temu janji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.



Pastikan dapat kebenaran

Ini panduan buat mereka yang ini melaksanakan majlis pernikahan ketika ini iaitu mendapat kebenaran berkahwin dari JAWI, telah melakukan temu janji terlebih dahulu, terdiri dari mereka di kawasan zon kuning serta hijau dan hanya dijalankan di pejabat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Pejabat JAWI Putrajaya sahaja.

Pastikan pihak yang terlibat membuat janji temu dengan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.


Tiada gejala Covid-19

Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah perlu pastikan pasangan pengantin atau ahli keluarga yang hadir tidak mempunyai gejala, bukan kontak rapat kes positif Covid-19 atau yang di bawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) dan bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Zon Merah.



Lakukan saring terlebih dahulu

Pihak yang terlibat hendaklah menjalani saringan di pintu masuk iaitu dengan melakukan pemeriksaan suhu badan, suhu badan melebihi 37.5° Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk, mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera atau merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran yang disediakan dan memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer).

Diharapkan perkara ini memudahkan buat pasangan yang telah menangguhkan majlis perkahwinan mereka sebelum ini. Selamat pengantin baru!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen