"Perasaan ragu-ragu akan datang bila kita tahu kekurangan pasangan..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta, sememangnya akan yakin dialah yang akan membahagiakan. Tapi tak sangka pula bila sudah bertunang atau berkahwin ujian datang silih berganti sehingga merasakan yang sebaliknya. Tengah hangat bercinta, semua perkara nampak indah tapi bila sampai masa nak pilih betul-betul yang terbaik sebagai pasangan hidup mulalah datang pelbagai dugaan.

Itulah orang kata, nak kahwin kena bebetul bersedia mental fizikal dan iman di dada, bila bertunang jangan lama-lama sebabnya kedua-dua ini ujiannya begitu menduga.


Ujian bertunang is real

Macam yang dikongsikan Mustapok Production ini, masa dah bertunang masa itulah rasa tak yakin dengan pasangan. Dahlah rasa ragu-ragu, tiba-tiba nampak pulak orang yang lebih dari pasangan itu, bertambah-tambah rasa ragu dalam hati.

Bukan itu saja, dugaan bertunang ni sangat hebat bila bekas kekasih yang dulu dibenci sekarang hilang pula rasa benci tu. Macam-macamlah dugaan yang tak disangka.



Kuatkan iman, yakinkan diri


Menurut perkongsian tersebut juga, perkara sebegini sememangnya akan dilalui buat mana-mana pasangan, tapi kalau kuatkan keimanan diri malah yakin dengan keputusan diri, insya-Allah pasti akan dimudahkan. Tanya kembali pada diri, apa yang anda mahukan dari pasangan? Tiada pasangan yang sempurna melainkan kita yang menyempurnakan dirinya.



Buat yang lalui detik ini, jangan terus mengalah dalam ujian ini. Setiap keraguan ada jalan penyelesaian, lakukan solat istikharah yang terbaik pasti menanti anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen