Solat bersama-sama adalah kunci segala permasalahan rumahtangga

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Lumrah berumah tangga akan ada sedikit pertengkaran dan salah faham untuk kita makin kenal dengan pasangan kita. Perkara itu sebenarnya adalah proses untuk kita lebih memahami pasangan.

Kadang masing-masing ada ego mereka, tak nak mengalah dan rasa diri itu betul saja. Tapi kalau inginkan hubungan itu terus bertahan dan harmoni kena lakukan sesuatu tak boleh biarkan saja.


Macam perkongsian dari Puan Hajar Ngah ini, bila ada salah faham atau pergaduhan, dia dan suaminya akan sama-sama lakukan solat berjemaah, masa ini yang ego tinggi pun boleh runtuh.

Solat berjemaah bersama walaupun bermasam muka

Menurut beliau, bila ada perselisihan faham, suaminya akan mengajaknya untuk solat berjemaah bersama, walaupun awalnya macam menolak tetapi dia akan turuti juga.

Jelasnya, selepas solat dia akan bersalaman dengan suaminya walaupun dalam keadaan agak marah lagi tetapi dia sudah mula tenang dan akan mula menyambut baik tangan suaminya itu. Malah, suaminya juga akan mencium dahi dan pipi, tak ketinggalan kata maaf akan keluar dari mulut suaminya itu.


Lebih tenang beri penjelasan tak ikut emosi


Selepas solat ini dua-dua akan terasa tenang jadi dia pun boleh meluahkan perasaan tanpa terikut-ikut emosi yang sedang membara. Bukan itu saja, sikap suaminya yang tidak membalas tetapi mencari masa yang sesuai untuk beri penjelasan juga sangat menenangkan dirinya.


Dalam rumah tangga ini memang akan pelbagai cabaran dan dugaan mendatang, tapi bagaimana mengurus dan mengawal itu yang membawa arah hubungan. Perkongsian dari wanita ini juga turut dipersetujui oleh pasangan suami isteri yang lain juga.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen