"Apa yang menguatkan hubungan suami isteri adalah agama..." -Datin Alyah

Mendalami ilmu agama bersama pasangan tentunya salah satu impian mereka yang mendirikan rumah tangga. Mana tidaknya, perkahwinan itu sendiri mendekatkan diri kita dengan Pencipta, jadinya perkara sebegitu tentunya salah satu perkara membahagiakan.



Baru-baru ini Datin Alyah ada berkongsi yang dia dan suaminya kini Datuk Ramli MS lebih banyak isi masa dengan mendalami ilmu agama bersama-sama.

Menurut penyanyi terkenal dengan lagu Meluruh itu, mereka saling memperbaiki diri demi mengekalkan ikatan perkahwinan yang dibina lebih tujuh tahun lalu. Malah dia juga mengakui kehidupan rumah tangga ada pasang surutnya, namun hubungannya dengan suami kini bertambah baik.

“Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah macam memaksa diri sendiri. Tidak dinafikan dalam rumah tangga akan ada up and down. Orang dekat luar pun get ready saja, bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita.

“Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi. Untuk apa? Semua untuk memecah-belahkan rumah tangga,” katanya.




Jelasnya, rohaninya lebih kuat apabila mendekatkan diri dengan agama dan pada masa yang sama kekal sabar dalam menghadapi ujian.

Apa yang menguatkan saya adalah agama. Ibu bapa dulu tak ada media sosial, walaupun bapa saya garang tapi ibu tetap menunggu bapa saya. Itulah agama yang dididik oleh orang tua mereka,” ujarnya.

Dikesempatan itu, Alyah juga memberitahu dia mempunyai perancangan untuk bersara daripada dunia seni.

“Jujurnya saya memang tak akan menyanyi sampai tua. Apa pun, kita tak tahu tapi ini hanya perancangan. Allah lebih mengetahui. Ini keputusan yang terbaik dan saya memang tidak akan menyanyi sampai umur 45 tahun,” katanya.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen