Gadis ini kongsi kisah terkentut kuat masa 'first date', tapi reaksi lelaki itu buatnya tertanya-tanya

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa saja tentunya teruja untuk berjanji temu kali pertama. Masa inilah nak serlahkan segala kecantikan, keayuan dan kekacakkan masing-masing.

Biasanya, untuk kali pertama ini masing-masing tidak akan serlahkan sikap sebenar, semuanya perlu dipastikan di bawah kawalan. Biasalah malu-malu lagi ketika ini.


Tapi semua perkara yang dirancang belum tentu akan berjalan lancar, boleh jadi akan terjadi sesuatu tidak dijangka. Macam gadis ini yang terkentut sewaktu janji temu yang pertama kali.

Pastinya pengalaman ini cukup memalukan gadis tersebut. Perkara ini dikongsikan di laman Twitter Hanifjamals, yang mana gadis ini menginginkan pendapat adakah seseorang lelaki akan turn off jika mendengar perempuan kentut.

Terkentut dengan kuat

Jelasnya, segalanya bagaikan indah buat dirinya kerana mereka selesa dengan diri sendiri malah mampu bergelak ketawa seperti biasa dalam perjalanan pulang. Namun, saat indah itu menjadi janggal apabila gadis tersebut melepaskan angin di perut yang cukup kuat.


Tiada reaksi pelik tapi malu

Malu dengan perkara itu, gadis tersebut segera membuka tingkap agar segala bau hilang namun lelaki tersebut tidak menunjukkan sebarang reaksi atas keterlanjurannya itu. Perkara itu yang menimbulkan kebimbangan dirinya sambil mengenangkan hubungan mereka kelak.

Perkara ini mendapat perhatian ramai warganet yang terhibur akan kelakukan gadis itu.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri di mana dia juga berdepan situasi yang sama, namun kini telah menjadi pasangan suami isteri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen