"Kamu jaga amanah saya..." - Tangisan ayah lepaskan anak perempuan buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Bakal pengantin tentunya teruja menghitung hari bahagia, tetapi ibu bapa mula menghitung hari kehilangan anak kesayangan.

Mana-mana ibu bapa tentunya akan rasa kehilangan anak mereka apabila anak mereka mula berumah tangga. Mana tidaknya ibu bapa sentiasa anggap anak-anak mereka masih kecil.


Lebih terasa jika anak yang bakal mendirikan rumah tangga itu adalah anak perempuan.

Anak perempuan ini sentiasa mendapat tempat di hati ayah mereka, bahkan bila terluka atau demam sedikit pun ayahlah yang akan terlebih bimbang.

Tak mampu tahan air mata

Seperti perkongsian video yang tular di laman Twitter oleh Nuhamoza, seorang bapa tidak mampu menahan sebab saat ingin melepaskan anak gadisnya di bawah tanggung jawab suaminya.

Dengan mengalir air mata, banyak pesanan yang si ayah berikan buat suami anaknya itu.

“Saya serahkan amanah saya, kamu jaga amanah saya, macam mana saya menjaga dia...”

Berat melepaskan anak kesayangan

Sangat menyentuh hati setiap kata-kata yang diluahkan oleh ayah pengantin tersebut. Terlihat sangat berat hati dia ingin melepaskan anak gadisnya kepada orang yang baru.

Perkara ini telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata mereka juga tersentuh melihat video tersebut.

 

Malah ramai yang membayangkan jika ayah pengantin perempuan itu adalah ayah mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen