'Kedai Pernah Sayang' bantu jual barang pemberian bekas kekasih, dapat duit sambil 'move on'

Banyak kenangan manis pernah tercipta nak-nak jika hubungan itu makan tahun, malah tentunya pelbagai pemberian dan hadiah pernah diterima dan diberi. Tapi bila sudah berpisah ni, hadiah yang dulu pernah lakarkan senyum lebar kini menjadi perkara yang menyakitkan mata.

Ada orang dia akan kembalikan barang pemberian bekas kekasih, ada yang bakar malah ada juga yang sanggup buang begitu saja sebagai langkah move on.


Menjual barangan dari bekas kekasih

Tular baru-baru ini, sebuah kedai di Instagram yang mana boleh menjual barangan bekas kekasih sekaligus mendapat pulangan wang. Kedai ini tidak memilih jantina, lelaki atau perempuan boleh jual barang mereka.

Kedai tersebut diberi nama Kedai Pernah Sayang, telah dijumpai oleh salah seorang pengguna Twitter yang mahu dikenali sebagai Natashaanuar. Kedai tersebut dikatakn menjual semula barangan perloved yang pernah diberikan oleh bekas kekasih.

Bukan sekadar menjual barang pemberian bekas kekasih sahaja, kedai ini juga membenarkan pemiliknya menulis nota perbadi dan meluahkan tahap kebencian pada bekas kekasih mereka.

Sementara itu, pemiliknya laman Instagram tersebut berkongsi beberapa kisah yang terjadi disebalik barangan yang dijual oleh pemilik barang tersebut.

Bantu mereka yang kecewa untuk move on

Menurut pemilik Kedai Pernah Sayang ini, tujuan dia menwujudkan platform tersebut adalah membantu mereka yang masih belum move on serta mereka yang menyimpan hadiah dari bekas kekasih.

Pemilik Instagram juga memberitahu dia melakukan perkhidmatan untuk sesiapa yang mahu menjual barangan mereka bagi melupakan kenangan lama bersama bekas kekasih.

Yang kelakarnya, ada yang ingin menjual motosikal yang dihadiahkan oleh bekas kekasih sebelum ini kerana suaminya marah sebab masih menggunakannya sehingga sekarang walaupun sudah berkahwin.

Perkara ini mendapat perhatian warganet yang mana tidak pernah terfikir untuk menjual barang-barang tersebut di media sosial, malah mereka juga menyokong tindakan pemilik kedai tersebut yang membantu mereka untuk melupakan kenangan lalu disamping mendapat pulangan wang.




Artikel Lain

Tinggalkan Komen