Anak 'komplot' lupakan 'birthday' ayah, tak sangka dapat 'surprise' terus menangis

Oleh: Zuzu Yasmine

Kasih seorang ayah ini sememangnya luar biasa, tak pernah merintih dan mengeluh dalam membesarkan anak-anak mereka walaupun kadang kala rasa ingin mengalah. Sebab itulah sebagai anak, jangan lupa apa pengorbanan yang ayah telah lakukan ketika masih kecil sehingga sekarang.


Sekadar ingin imbas kembali saat kejutan ulang tahun kelahiran bapanya, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Mumimisa telah berkongsi satu rakaman yang menyentuh hati semua pihak.

Sengaja prank bapa sendiri

Awalnya, dia bersama adik beradik sengaja mengenakan bapanya dengan berpura-pura tidak mengingati ulang tahun kelahiran bapanya. Selepas itu dia bersama adik beradiknya dengan sengaja menyuruh bapanya memotong kek dan membaca sesuatu di atas kek tersebut.

“Selamat hari lahir suami, ayah dan atuk tersayang...”

Tak ada sorang pun ingat...

Selesai saja membaca, dan sambil memotong kek, si ayah itu mengadu sebak kerana mengingatkan tiada seorang pun anaknya mengingati hari istimewa itu. Sambil mengelapkan air mata, anak-anaknya datang memeluk dan menyatakan tidak mungkin mereka melupakan hari penting itu.

Bukan niat nak membuat sesiapa sedih atau menangis, rupanya pemuda ini hanya merindui kampung halaman dan juga ibu bapanya. Dia juga mengharapkan doa dari warganet agar ibu bapanya terus sihat.

Rakaman tersebut meraih lebih 459 ribu tontonan, rata-rata netizen turut terasa sebak akan video tersebut malah ada juga yang berkongsi rasa rindu pada bapa yang telah pergi dijemput Ilahi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen