"'Koyak' poket pengantin lelaki kena bayar tol..." - Lelaki kena siap sedia kalau kahwin dengan orang Johor

Oleh: Zuzu Yasmine

Meriahnya majlis perkahwinan dengan adanya saudara mara dan adik -beradik, majlis akan bertambah berseri jika ada gurauan bersama bakal pengantin.

Satu kemestian buat negeri Johor yang sememangnya terkenal dengan adat ‘tol’ mereka. Bukan tol di jalan raya, tetapi adat tol yang dikenakan kepada pengantin lelaki yang ingin duduk bersanding bersama si kekasih hati di pelamin.

Adat tol Johor meriahkan majlis

Seronoknya melihat gelagat pengantin yang berdebar untuk berjumpa suri hati, baru-baru ini telah tular rakaman video TikTok yang dikongsi oleh FadlishahO mendapat perhatian.

Dia telah berkongsi saat adat bayaran tol sebelum dibolehkan bersanding di pelamin, yang mengundang gelak ketawa.



Tak cukup tol, tak boleh bersanding

Pengantin lelaki yang segak berbusana berona maroon, hanya mampu tersenyum bimbang apabila wakil dari pihaknya menghulurkan sampul berisi wang.

Yang kelakarnya, abang kepada pengantin perempuan selaku ketua penjaga tol, menyatakan isi sampul tersebut tidak mencukupi membuatkan pihak lelaki terpaksa memberi sampul berisi wang berulang kali.

Masyarakat Johor sudah tentu sedia maklum akan adat ini yang akan dilakukan di setiap majlis perkahwinan, video tersebut berjaya mendapat lebih 40 ribu tontonan sehingga kini.

Rata-rata netizen terhibur dengan adat tersebut yang begitu memeriahkan majlis disamping eratkan hubungan kekeluargaan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen