Suami masam muka? Isteri perlu peka dengan perasaan suami

Setiap pasangan pasti akan mengalami selisih faham dan bergaduh tidak kira berapa usia perkahwinan mereka. Kerana perkara itu telah menjadi asam garam dalam kehidupan rumah tangga. Tetapi pernah tidak tiba-tiba pasangan anda bermasam muka dengan anda? Lebih-lebih lagi dari pihak lelaki yang kita sedia maklum jarang ingin menunjukkan emosi mereka.

Di bawah ini terdapat tips untuk isteri bagi mengelakkan suami berkecil hati seterusnya menjadi punca pergaduhan.

1. Tidak bercakap kasar

Ketika usia perkahwinan semakin meningkat, terkadang cara percakapan akan berubah. Secara tidak sadar, anda telah bercakap kasar dengan suami seperti sedang berbual bersama rakan-rakan. Hingga membuatkan suami terasa hati dengan gaya percakapan anda yang semakin kasar.

2. Jangan mengongkong

Setiap pasangan pasti mempunyai rasa cemburu kerana itu adalah normal yang bermaksud tanda sayang.  Tetapi jangan sampai cemburu buta sehingga membataskan pergerakkan suami anda. Mereka juga manusia yang memerlukan hiburan atau sekadar meluangkan masa dengan rakan-rakan.

3. Tanya dan berkongsi pendapat

Janganlah bersikap ‘Queen control’ sehingga melawan kata suami atau menunjukkan diri lebih hebat. Sehingga segala perkara ditentukan oleh anda, kerana secara tidak sedar akan membuat sikap suami menjadi lebih keras dan kasar. Hingga menyebabkan perpisahan jika dibiarkan terlalu lama.

4. Hormati keluarga pasangan

Ketika telah berkahwin dengan pasangan, bermakna keluarganya juga telah menjadi keluarga anda. Sehingga anda haruslah melayani keluarganya sepertimana anda melayani keluarga sendiri. Janganlah ketika datang ke rumah orang tua suami, anda menunjukkan muka masam dan terus masuk ke bilik.

5. Tidak mengungkit kekurangan

Setiap insan mempunyai kekurangan termasuklah suami anda, tetapi tiada siapa yang tahan jika kekurangannya sentiasa diungkit. Malah menjadi sindiran dan bahan ketawa bersama rakan. Suami pasti akan malu dan tidak dapat terima perbuatan tersebut.

Isteri haruslah sentiasa menjaga hati dan air muka suami terlebih lagi ketika bersama dengan rakan-rakan, atau keluarga sendiri. Hal ini berlaku juga kepada suami. Jika kedua-duanya saling menjaga, pastinya dapat mengelakkan dari sentiasa bergaduh.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen