"Suami isteri 'mingguan' dibenarkan rentas zon merah..." - Dato Ismail Sabri

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita baik buat pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan, nak-nak lagi mereka yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Suami atau isteri hujung minggu yang tinggal di zon hijau atau kuning boleh merentas negeri untuk bertemu dengan keluarga mereka yang tinggal di zon merah.

Dapatkan surat kebenaran dahulu

Namun begitu, mereka yang hendak merentas negeri perlu mendapatkan kebenaraan pihak polis terlebih dahulu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan adalah sama dengan SOP PKPB yang dilaksanakan pada Mei lalu.

"Seperti dahulu, ia dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu.

"Jadi, sebelum balik, jumpa dengan pihak polis dan maklumkan mengenai tujuan berserta dengan bukti. Insya-Allah, pihak polis akan benarkan," katanya.

SOP boleh rujuk di laman web rasmi

Menurut Ismail Sabri, banyak SOP PKPB yang tidak diumumkan beliau secara terperinci termasuk mengenai sektor sosial dan ekonomi, namun ia sudah pun ada dan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Semua yang dibenar dan tidak dibenarkan ada terkandung dalam SOP berkenaan, jadi ia boleh dirujuk untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci," katanya.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen