Umur 29 tahun dah dikurniakan 7 anak, wanita kongsi rasa bersyukur kerana kahwin muda

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin pada usia yang muda nampaknya sudah mula diterima ramai. Walaupun masih ada kata-kata yang tidak enak tetapi pasangan yang kahwin muda ini lebih suka untuk tidak ambil tahu akan hal orang lain. Yang seronoknya, masih muda tetapi anak-anak semua sudah besar boleh jadi kawan baik.




Nak sepuluh orang anak

Perkara ini juga dikongsikan oleh Puan Anna Mukhtar menerusi Facebook Kami Suri Rumah. Dia yang berusia 29 tahun sudah memiliki 7 orang anak yang terdiri daripada lima perempuan dan dua lelaki. Anna juga menyimpan cita-cita untuk memiliki sepuluh orang anak jika diizinkan.

Sekarang lebih bahagia

Menurutnya, dia berkahwin pada usia yang muda, namun dia tidak menyesal menamatkan zaman bujangnya secepat itu. Walaupun ada yang bertanya pelbagai soalan, dia menjelaskan bahawa kehidupan sekarang ini lebih bahagia dari sebelum ini.

Katanya, dia bahagia memiliki anak ramai seperti sekarang ini dan percaya bahawa setiap anak yang dilahirkan itu mempunyai rezeki yang tersendiri.


Mental kena kuat

Walaupun penat melayani telatah anak-anaknya yang masih kecil tetapi dia percaya akan senang dihari tua kelak. Baginya kekuatan mental sangat penting dan jangan cepat putus asa, pasti segalanya dipermudahkan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata seronok melihat keluarga Anna yang meriah itu, malah ada juga diantara mereka yang menginginkan anak ramai. Bukan itu saja, ramai yang ingin tahu rahsia akan bentuk tubuhnya yang masih cantik walaupun sudah memiliki anak tujuh.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen