Pejuang di medan perang, laungan azan iringi pemergian kumpulan jururawat ke Sabah

Oleh: Zuzu Yasmine

Peperangan yang mengerikan, silap langkah boleh turut sama terkorban itulah perjuangan yang dilakukan oleh para frontliner dalam wabak pandemik ini.


Berikutan wabak Covid-19 semakin mengganas di Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif menghantar petugas kesihatan dari semenanjung untuk memberikan bantuan di sana.

Lambaian pejuang

Tular di media sosial, rakaman video laungan azan mengiringi enam kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dihantar ke Sabah, bagi membantu mengawal penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.

Video itu telah dikongsikan di laman Twitter oleh Mustazha, yang melahirkan rasa sebak apabila melihat barisan petugas kesihatan melambai ke arah keluarga dan rakan sekerja sebelum berangkat ke KLIA.



Menurut laporan Berita Harian, penghantaran dilakukan secara berperingkat bermula 23 September lalu dan terkini membabitkan enam pembantu perawatan kesihatan yang dihantar semalam.

Bertugas selama sebulan di Sabah

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, alunan azan adalah bagi menyuntik semangat dan menganggap tugasan yang diberikan adalah satu ibadat.

"Semua kakitangan JKNK yang dihantar akan berada di sana selama sebulan dan diletakkan di beberapa lokasi hospital dan pejabat kesihatan antaranya di Tawau, Labuan dan Semporna bergantung kepada kerajaan Sabah.

"Kakitangan yang dihantar membabitkan pakar perubatan, pegawai, penolong pegawai, jururawat serta pemandu," katanya.

Perkara ini juga dikongsikan oleh pejabat pengarah negeri itu apabila membuat naik beberapa foto di laman Facebook.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen