Cuaca buruk punca kapal hilang kawalan, dua kru meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan insiden kapal karam di perairan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak, seramai 121 kru kapal Dayang Topaz berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia dan empat lagi hilang telah ditemui berhampiran lokasi kejadian semalam.

Cuaca buruk dan kabel terputus

Berdasarkan laporan Sinar Harian, insiden berlaku dalam keadaan cuaca buruk yang menyebabkan kabel sauh kapal Dayang Topaz terputus mengakibatkan kapal tersebut tidak dapat dikawal dan melanggar platform Minyak Baram B.

Operasi menyelamat

Dalam usaha menyelamatkan mangsa, MRCC Putrajaya telah bekerjasama dengan syarikat carigali minyak Petronas, Shell, Tentera Udara Malaysia (TUDM), Bomba dan Penyelamat, National Search Coordination Center Brunei yang telah menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum termasuk Komuniti Nelayan Tempatan.

Mangsa dibawa ke pelabuhan Miri

Semua mangsa insiden kapal Dayang Topaz yang terlanggar platform minyak seramai 185 kru selamat di Jeti Pelabuhan, Miri. Manakala  dua yang meninggal dibawa menaiki helikopter dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri sebelum diserah kepada pihak polis.

Semua mangsa akan menjalani saringan Covid-19 (swab test) dan ditempatkan sementara di sebuah fasiliti penginapan bagi tujuan kuarantin. Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) akan ditamatkan setelah semua mangsa dikenal pasti dalam masa terdekat.

 

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Maritim Malaysia iaitu Datuk Mohd Zubil Mat Som, keadaan laut ketika ini masih bergelora dengan ketinggian 3.5 ke 4 meter paras ketinggian.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen