Lepas kahwin terpaksa tumpang rumah mertua, gadis syukur kini mampu miliki rumah sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang selalu kata, lima tahun pertama dalam rumah tangga banyak cabaran yang akan tidak terduga. Masa ini baru mula belajar hidup dengan pasangan, malah masa ini juga masing-masing baru nak mendalami hati budi, jadi tak dinafikanlah ia sedikit mencabar.



Kisah ini memberi inspirasi kepada pasangan yang berkahwin muda, Aisyah Hijanah telah berkongsi perjalanan hidupnya ketika mula-mula beliau bersama suami mendirikan rumah tangga.



Takut tak mampu bayar sewa

Menerusi rakaman video yang beliau kongsi di Instagram, pada awal perkahwinan beliau hanya menumpang tidur di rumah keluarga dan mertuanya. Jelasnya, beliau dan suami terpaksa tidur di tempat letak basikal dan juga buku-buku lama kerana tiada bilik kosong.

Keputusan itu dilakukan kerana mereka bimbang tidak mampu membayar rumah sewa setiap bulan kerana pendapatan bulanan mereka masih belum stabil. M

alah mereka juga akan berpindah-randah setiap minggu di mana seminggu di rumah mertuanya manakala lagi seminggu di rumah keluarganya.



Walau bagaimanapun, selepas mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pasangan ini barulah mula menyewa sebuah rumah yang agak selesa.

Aisyah juga berkongsi kisah yang menyentuh hatinya di mana beliau pernah menolak tawaran perkhidmatan penapis air namun, kata-kata yang keluar dari orang tersebut membuatnya sedikit terkilan.

“Oh masih belum mampu ya.....”

Impian ingin memiliki rumah sendiri

Menyimpan impian untuk memiliki rumah besar, pasangan ini membuat keputusan untuk perlahan-lahan mencapai impian mereka. Beliau juga berkongsi menyimpan reka bentuk rumah idamannya di dalam telefonnya. Tidak pernah kenal erti putus asa, kini beliau mampu memiliki rumah idamannya sendiri.

“Alhamdulillah harini ambil kunci, tak lama lagi, Aisyah dan Alif nak pindah ke rumah baru,” katanya.

Pada kesempatan itu juga, beliau berkongsi sedikit kata-kata semangat buat anak muda yang masih mencari keselesaan hidup ketika ini, jelasnya rezeki itu datang dari pelbagai bentuk, yang penting kena selalu bersyukur dan jangan hanya merungut.

Perkongsiannya ini telah mendapat perhatian dari peminatnya yang turut bersetuju dengan beliau, malah ada juga yang berharap akan mendapat keselesaan hidup seperti beliau satu hari nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen