Tegar teruja jadi bapa, selamat menimang cahaya mata lelaki pada usia 19 tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Membuat keputusan yang mengejutkan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda, penyanyi terkenal dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’, Tegar Septian telah selamat bergelar bapa pada usianya 19 tahun.


Tahniah!

Berita gembira itu dikongsinya di Instagram Story menerusi perkongsian teman terdekatnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Dalam foto berkenaan, jelas terpancar kegembiraan di wajah Tegar selepas isterinya selamat melahirkan bayi lelaki mereka.

Teruja bergelar bapa

Dia telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Sarah Sheilka, 23, pada 20 Mac lalu. Malah tidak lama selepas itu dia kemudian mengumumkan isterinya hamil serta dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Terdahulu Tegar yang berasal dari Subang, Indonesia melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen