Niat nak uji pasangan, wanita bawa 23 ahli keluarga ketika 'first date' akhirnya ditinggalkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan tentunya ada terdetik ingin menguji kekasih hati mereka. Selalunya, perkara yang akan diuji adalah kesetiaan dan kejujuran pasangan. Rasanya rata-rata pasangan merasakan itu paling penting.


Namun berlainan pula dengan wanita ini apabila membawa puluhan ahli keluarga ke janji temu pertamanya bagi menguji kemurahan hati lelaki tersebut.

Makan malam romantik bertukar kenduri

Muncul bersama 23 ahli keluarga tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada lelaki tersebut, wanita itu telah menghancurkan janji temu yang romantik kepada jamuan keluarganya.

Rasa dipermainkan, lelaki tersebut bertindak meninggalkan wanita itu dengan bil berjumlah £2,300.

Menurut media China, janji temu itu telah dirancang oleh ibu lelaki tersebut selepas dia risau akan anaknya yang sudah lama hidup membujang.

Tawar untuk membayar

Sebelum berjumpa, lelaki tersebut menawarkan untuk membayar makanan mereka, dengan harapan bahawa ianya akan menjadi makan malam yang romantik untuk mereka berdua.

Wanita tersebut kemudiannya memberitahu kepada media China bahawa dia ingin menguji kemurahan hati pasangannya itu dalam membayar hidangan untuk 25 orang.



Ditinggalkan dan terpaksa bayar sendiri

Selepas menikmati hidangan mewah, wanita tersebut dan keluarganya terkejut apabila mengetahui bahawa lelaki itu telah menghilangkan diri dari restoran selepas melihat bil yang mengandungi hidangan mahal serta minuman keras yang dipesan oleh saudara-mara wanita terbabit.

Dengan kejadian itu, wanita itu menganggap bahawa lelaki tersebut gagal dalam ujian kemurahan hati, malah dia terpaksa membayar kesemua jumlah bil tersebut bersendirian.

Perkara tersebut mendapat perhatian netizen di media sosial China berkenaan siapa yang patut membayar selepas mendapat liputan daripada beberapa laman web. Malah, seorang netizen mengulas: “Lelaki harus membayarnya. Namun dengan membawa 23 orang ke janji temu tidak boleh diterima.”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen