Walau sarat hamil 8 bulan, Oki Setiana Dewi berjaya tamatkan pengajian PHD

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan satu perkara yang mudah membahagikan masa antara menguruskan rumah tangga, pelajaran dan juga kerjaya. Itu belum lagi jika dalam keadaan yang sedang sarat mengandung, tentunya perlu azam yang kuat dan jiwa yang kental.


Walaupun nampak macam agak sukar, tetapi semua itu berjaya dilakukan oleh Oki Sentiana Dewi, 31, yang merupakan pelakon dan pendakwah terkenal Indonesia. Beliau telah berjaya mendapatkan ijazah dalam Doktor Falsafah (PHD) pada 23 Oktober lalu.

Sangat memberi inspirasi kepada orang lain, berita gembira tersebut juga diraikan dalam keadaan dirinya yang sedang sarat hamil lapan bulan.

Bukan satu kerjayaan yang mudah, Oki Sentiana Dewi telah menghabiskan masa empat tahun dalam memberi komitmen yang tinggi dalam pembelajarannya. Beliau yang berjaya menyiapkan kajian dan penulisan Tesis PHD yang bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”, sekaligus menjadikan beliau Doktor ke-1225 Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.

Terdahulu, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya Ory Vitrio pada tahun 2013, dan memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Maryam Nusaubah Abdullah, 6, Khadeejah Faatimah Abdullah, 4, dan Ibrahim Muhammad Abdullah, 3.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen