"Minta maaf, tak mampu jaga bayi ini..." - Kerana faktor ekonomi ibu tinggalkan bayi lelaki berserta nota di surau

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, akan ada yang mengalami kesempitan hidup dan terdesak meneruskan hidup. Pelbagai kemungkinan akan diambil berdasarkan apa yang mereka alami itu.

Baru-baru ini, di Tanjung Karang telah tular di Facebook berkenaan bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak, berserta sekeping nota tulisan tangan yang didakwa milik penjaganya.






Disangka anak kucing, bayi tersebut dijumpai oleh Ketua guru Sekolah Agama Rakyat SAR) Kafa Integrasi Mohd Maidin Abdul Rahim, 38 tahun pada jam 7.15 pagi berhampiran pintu pagar Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, malah berserta bayi itu juga terdapat beberapa barangan keperluan bayi.

"Bayi terbabit ditemui di dalam sebuah kotak dan dilengkapi lampin pakai buang, bedak serta tisu basah. Turut ditemui, nota tulisan tangan yang memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi selain berterima kasih kepada individu yang sanggup membesarkannya.

"Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan. Tiba di lokasi, saya perasan ada kotak di pintu pagar utama surau dan menyangka ada orang buang anak kucing.

"Kebetulan, kotak itu ditutup dengan kain berwarna biru. Saya ambil keputusan untuk menyelak kain dan terkejut melihat bayi di dalamnya," katanya hari ini.

Mohd Maidin percaya bahawa bayi tersebut ditinggalkan selepas solat Subuh selepas jemaah surau meninggalkan surau tersebut.

"Kebetulan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sedang berjalan, jadi hanya beberapa jemaah sahaja dibenarkan solat di surau itu.

"Jemaah yang saya temui memaklumkan mereka tidak perasan kotak di pintu surau dan mungkin diletakkan selepas mereka beredar dari surau," katanya.

Itu adalah kejadian pertama berlaku di kampung berkenaan, malah beliau meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang meinggalkan bayi tersebut begitu sahaja.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu dan akan menyiasat lanjut berkaitannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen