Instafamous Nekad Kahwin Pada Usia 18 Tahun, Boleh Enjoy Lepas Kahwin Bersama Isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin pada usia yang muda tentunya sangat dicemburui buat mereka-mereka yang masih bujang. Mana tidaknya tak sangka begitu mudah pasangan muda ini bertemu jodoh. Walaupun akan ada mulut-mulut yang tidak disenangi tetapi bila dah jodoh semuanya akan dipermudahkan.


Rezeki awal halalkan hubungan...

Memilih mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun bukanlah keputusan yang diterima ramai, tentunya keputusan ini sangat diragui. Namun begitu tekad untuk mendirikan rumah tangga, pasangan ini merasakan mereka cukup bersedia.

“Saya dah bersedia... kami berkenalan setahun lebih dan bertunang pada Fevruari lalu. Ramai yang cakap kami masih terlalu muda tapi saya tetap nak teruskan. Alhamdulillah, ibu bapa kami juga bagi restu,” ujarnya.

Kecaman sebagai pembakar semangat

Azuan Daud dan isterinya, Hazlina Hashim, malas ambil pusing kata-kata orang sekeliling malah mengambil perkara tersebut sebagai kata-kata semangat. Mereka juga menganggap netizen hanya kenal mereka melalui media sosial sahaja bukan secara realiti.

“Ada yang berikan pelbagai tuduhan. Tapi saya tetap nak halalkan hubungan. Kalau orang kata belum puas lagi hidup bujang, saya rasa boleh enjoy lepas kahwin bersama-sama,” katanya.

Bersedia nak berumah tangga

Jelasnya dia lebih bersedia untuk hidup berumah tangga tidak hanya lakukan review di Instagram sebagai pendapatan sambilan, Azuan juga mempunyai kedai gunting rambut serta membantu perniagaan keluarga.

“InsyaAllah saya dah bersedia untuk fasa baharu kehidupan bersama isteri,” katanya.

Tambahnya, soal anak mereka tidak merancang malah lebih serahkan kepada Allah kalau datang awal mereka bersedia. Tidak hanya itu saja, pasangan ini juga cukup tahu bahawa alam perkahwinan bukan mudah dan kena kuat tempuhi segala cabaran.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen