Bekas Kekasih Datang Kembali, Perlu Beri Peluang Kedua Atau Lepaskan?

Ketika menjadi kekasih dia adalah segalanya. Kebaikannya, ketulusannya walaupun kelemahannya tetap menjadi hal yang membahagiakan kita. Namun setelah hubungan berakhir, segala tentang dia hanyalah kenangan dan kita telah pun 'move on'.


Tetapi, si dia datang kembali menagih kasih kita. Apakah yang harus kita lakukan? Perlukah kita terima atau tidak?

 

1. Cinta berputik semula


Kata orang, setelah kita meninggalkan seseorang ketika itulah perasaan cinta kembali bercambah. Kerinduan yang tak tertanggung dan perasaan ingin kembali bersama semakin kuat. Mungkin, ketika kita sedang berusaha untuk 'move on', si dia pula sedang berusaha memperbaiki diri dan cinta yang berakhir kembali berputik semula dalam dirinya.


2. Mulakan jalan cerita yang baru


Selalunya seseorang yang ingin kembali bersama adalah kerana ingin mengubah jalan cerita cinta mereka kepada yang lebih baik lagi. Jika selama ini kalian banyak memendam rasa antara satu sama lain, mungkin setelah kembali bersama hubungan kalian menjadi lebih terbuka dan lebih tulus. Ketulusan sangat penting dalam sebuah hubungan.

 


3. Sifat yang sudah berubah


Menjadi seseorang yang lebih baik merupakan matlamat setiap insan. Begitu juga dengan bekas kekasih anda. Ketika anda mengenalinya suatu ketika dulu mungkin kerana sikap buruknya telah membuatkan anda mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Namun ketika dia kembali, sikapnya telah berubah menjadi seseorang yang lebih baik.


4. Telah biasa hidup tanpa dia


Apabila kita telah 'move on', segala tentang dia adalah sebuah pengajaran dalam hidup kita. Kehidupan yang telah terbiasa tanpa mesej dan panggilan daripada si dia membuatkan kita menjadi selesa untuk bergerak solo. Akhirnya, kita menyedari bahawa kita boleh hidup tanpa dia dan kebiasaan tersebut telah membuatkan pandangan kita berubah terhadap dirinya.


Kesimpulannya, perasaan adalah hal yang sulit untuk difahami. Oleh itu, buatlah keputusan yang bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen