"Pelukan Cinta Sehingga Ke Akhir Hayat." - Dr. Asyraf Wajdi Kongsi Detik Terakhir Ayah Mertua Mengadap Ilahi

Oleh: Zuzu Yasmine

Alangkah indahnya jika kita dapat habiskan detik-detik terakhir bersama insan tercinta, kerana itulah idaman setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga, menghabiskan hari-hari tua bersama hingga ke akhirnya.


Satu kisah yang penuh sebak telah dikongsikan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki tentang kasih sayang antara bapa dan ibu mertuanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh adik iparnya beberapa minggu lalu sebelum ayahnya menghadap Ilahi.

Pelukan terakhir

Menerusi laman Facebooknya, bapa mertua beliau menghidap barah manakala ibu mertuanya pula sudah tiga tahun terlatar akibat stroke. Bagaikan sudah tahu akan 'pergi', bapa mertuanya itu meminta untuk berjumpa ibu mertuanya. Keadaan menjadi sebak apabila mereka bertemu dan saling meminta maaf atas kesalahan lalu.

Walaupun disarankan untuk berehat selepas itu, tetapi bapa mertuanya tidak mengendahkan malah memilih untuk baring di sebelah ibu mertuanya.

“Ayoh buat tak endah dan perlahan-lahan membaringkan badannya di sebelah Mok. Bagaikan sudah mengetahui bahawa itu merupakan pelukan yang terakhir buat keduanya,” katanya.

Seorang penyayang dan prihatin

Menurut Dr Asyraf, bapa mertuanya itu sememangnya sangat sayang kepada ibu mertuanya walaupun tidak diluahkan melalui kata-kata, tetapi dibuktikan dengan menjaga isterinya saat sakit sendiri di kampung halaman.

Malah, beliau juga menyatakan bapa mertuanya itu sangat prihatin terhadap orang sekeliling serta seorang yang berfikiran positif, walaupun sudah setahun dia menghidap barah.

Allah lebih menyayangi, bapa mertuanya itu telah dijemput Ilahi pada Jumaat lalu. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Amin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen