Pernah Diperlekeh Ibu Kekasih Sebab Jual Air, Kini Lelaki Ini Buktikan Mampu Berjaya

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan mudah menjatuhkan hukum akan masa depan seseorang. Boleh jadi hari ini dia tidak dipandang, tapi esok lusa dia menjadi orang yang lebih hebat.


Pernah diperkecilkan oleh ibu bekas kekasih, tidak sangka lelaki yang mahu dikenali sebagai Zikhri ini berjaya buktikan bahawa dia mampu meraih pulangan yang lumayan dengan mengusahakan perniagaan minuman terkenal dari Thailand.

Peritnya nak berjaya

Berkongsi saat jatuh bangunnya, Zikhri menjelaskan dia pernah cuba mengusahakan perniagaan pakaian namun hanya mampu bertahan seketika saja. Bukan itu sahaja, dia juga pernah menjadi pembantu kedai untuk mengumpul modal.

“Pernah rasa duit banyak masa tu sehingga ada RM20 je dalam bank. Perniagaan bertahan enam bulan. Tapi saya tak mahu putus ada,” katanya.

Kena reject

Zikhri juga berkongsi saat dia direject dengan ibu bekas kekasihnya yang ragu-ragu akan rancangan perniagaan air yang bakal dia lakukan ketika itu.

“Pada masa itu, saya ada perancangan nak jual air. Tapi mak kepada bekas teman wanita saya ragu-ragu dengan idea itu.

“Awak mampu ke sara anak makcik ni dengan jual air je? Dia kata macam tu. Selepas diperkecilkan saya perlahan-lahan menjauh dan kini kami sudah tiada apa-apa,” kongsinya.

Kini berjaya buktikan

Dia yang mula bangkit secara perlahan-lahan kini mampu mencapai keuntungan sebanyak RM25,000 sebulan malah berjaya membeli kereta idamannya. Zikhri juga berniat ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara serta baiki rumah mereka kelak.

Dia yang tidak lokek berkongsi tips kejayaan berharap anak muda cekal dan tidak mudah putus asa dalam perniagaan malah jangan takut akan kata-kata dari mulut orang. Bahkan, dia juga yakin rezeki akan semakin mecurah-curah jika berbakti kepada keluarga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen