Satu dalam sejuta, wanita setia jaga suami lumpuh kerana hypertiroid

Oleh: Zuzu Yasmine

Ujian dalam alam rumah tangga ini kadang sesuatu yang betul-betul tidak terduga. Kalau selalunya bimbang pasangan bermain kayu tiga, tapi bagaimana pula kalau diuji pasangan jatuh sakit?

Adakah mampu kekal setia dan menguruskannya seperti biasa? Sebab itulah dalam perkahwinan perlu banyak belajar bersabar.



Sabar jaga suami yang sakit

Sememangnya seorang isteri yang penuh sabar, Wiendha Davian telah menjaga suaminya yang disahkan menghidap hypertiroid iaitu sejenis komplikasi desebabkan kelenjar tiroid yang aktif. Lebih bersimpati apabila penyakitnya itu telah merebak ke bahagian jantung.



Menerusi rakaman di Tik Tok, kelihatan Wiendha sedang memimpin suaminya dari kereta ke kerusi roda.

 



Sentiasa setia menemani

Dia juga berkongsi video yang lain di mana dia setia menemani suaminya saat melakukan pemeriksaan di hospital. Dia juga berharap agar suaminya terus kuat semangat dan boleh jalani hidup seperti dahulu.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar dia terus bersabar dengan ujian yang dilalui dan terus menjadi isteri yang hebat buat suaminya. Malah, diharapkan suaminya akan segera sembuh.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen