Dua wanita Islam cedera parah selepas ditikam bertubi-tubi di Paris

Oleh: Zuzu Yasmine

Dua wanita Islam ditikam bertubi-tubi di bawah Menara Eiffel berikutan ketegangan di kota Paris semakin meningkat akibat insiden kepala seorang guru dipenggal minggu lalu.


Menurut laporan Daily Mail, suspek wanita berkulit putih berjaya ditahan dan bakal berdepan dengan dakwaan cubaan membunuh susulan kejadian serangan tersebut.



Berdasarkan laporan mangsa Kenza, 49, ditikam enam kali dan didapati mengalami kecoboran pada paru-paru semasa dirawat di sebuah hospital. Manakala Amel terpaksa menjalani satu pembedahan pada tangannya.

Ketegangan itu tercetus berikutan seorang guru, Samuel Paty berumur 47 tahun dipenggal kepala oleh seorang individu kerana menggunakan lakaran karikatur Nabi Muhammad pada sesi pengajaran di sebuah sekolah menengah.

Sebagai langkah membanteras kumpulan pelampau selepas Paty dibunuh, pemimpin di Paris bercadang menutup masjid di sekitar Paris pada Selasa lalu.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen