Mula-mula kenal sebagai kawan, kini bahagia sebagai suami isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu ada sejarah yang indah saat bertemu dengan pasangan hidup. Ada yang mula dengan sekadar ‘hai’ di media sosial, malah ada juga yang jalinkan hubungan dari zaman persekolahan. Kan, jodoh itu boleh ada di mana-mana.


Tak sangka dia betul-betul

Tapi, kalau bercinta lama-lama pun tak guna kalau pasangan tak serius untuk halalkan hubungan.

Kisah manis ini telah dikongsikan oleh Sya yang mana tidak sangka gurauan itu menjadi kenyataan bila kekasih hati tunjukkan usaha untuk menghalalkan dirinya.

Panggilan pun kau aku je

Mengimbau kembali kenangan lalu, saat bercinta dia dan suaminya tidak seromantik pasangan lain malah hanya menggunakan ‘kau aku’ sebagai pengganti diri. Selepas bertunang barulah semakin berkurangan kau aku itu.


Sya juga memuat naik sedikit perbualan dengan suaminya saat sebelum bergelar suami isteri. Dia yang sengaja berseloroh meminta percepatkan majlis perkahwinan tidak sangka dipersetujui oleh buah hatinya itu.

Sedar tak sedar sudah tiga tahun berlalu, kini Sya dan suami telah bahagia menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga tahun. Betulah orang kata, kalau dah jodoh memang akan dipermudahkan.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen