Tidak semua orang mampu move on dalam masa yang singkat. Ada yang ambil masa berbulan dan bertahun tapi ada juga yang esok lusa sudah ada yang baru. Setiap orang ada masa mereka sendiri untuk move on tanpa dipaksa oleh orang lain.
Terkejut lihat bekas kekasih
Tapi, bila masih dalam proses untuk melupakan tiba-tiba bekas kekasih datang bersama pengganti yang baru tentunya masih mampu melukakan hati.
Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki apabila terpaksa mengadap bekas kekasih bermesra dengan buah hati baru.
Lelaki itu berkerja sebagai barista di sebuah kafe, dia yang sedang menyediakan minuman terkejut melihat bekas kekasihnya bersama pengganti baru.
Menurut rakaman yang dikongsi di TikTok milik Iwan, jelas reaksi tercengang melihat pasangan tersebut.
Saja pre-wedding dekat depan bekas kekasih
Kedatangan bekas kekasihnya bersama buah hati baru adalah untuk mengadakan sesi penggambaran pre-wedding mereka berdua di kafe tersebut.
Tidak mampu melihat dan menahan kesedihan, lelaki terbabit terduduk sambil mengelap air mata di bawah kaunter.
Sesiapa yang belum move on tentunya merasai bagaimana perit yang terpaksa dilalui oleh lelaki ini. Melihat ke ruangan komen, ramai yang memberi kata semangat agar permuda itu terus kuat dan tabah, malah ramai yang mendoakan agar dipertemukan jodoh yang lebih baik kelak.
Tinggalkan Komen