Kerap mimpi seseorang yang dikenali, adakah jodoh atau 'overthinking'?

 

Mimpi merupakan sebuah permainan tidur yang sering dialami oleh kita. Dan apabila kita termimpikan sesesorang yang dikenali maka timbullah pelbagai persoalan dalam fikiran.

Soalannya, adakah mimpi tersebut petanda jodoh atau sekadar 'overthinking'?

 

1. Secara psikologi

Menurut pakar psikologi, apabila kita termimpikan seseorang bermaksud orang tersebut sedang merindui kita. Dia hadir dalam bentuk mimpi untuk menyampaikan rasa rindunya lebih-lebih lagi apabila lama tidak bertemu. Mimpi sebegini sering kali dialami oleh insan yang sedang dalam hubungan jarak jauh.

 

2. Terlalu berangan-angan

Sifat terlalu berangan-angan ini pula sering kali dialami oleh kaum wanita namun perkara ini tidak mustahil terjadi dalam kalangan kaum adam. Hal ini kerana, apabila kita telah mabuk cinta maka kita mempunyai sifat keinginan untuk memiliki yang kuat sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi.

Manakala, pada kaum wanita hal ini terjadi setelah mereka membaca atau menonton filem dan drama romantik yang membuatkan mereka terigau-igau watak hero tersebut.

 

 

 

3. Mempunyai hubungan yang rapat

Menjadi sahabat dekat juga merupakan salah satu punca kita termimpikan dia dan berharap agar hubungan mencapai kepada fasa yang lebih serius. Keakraban yang tercipta mungkin bermula daripada kenalan masa kecil atau sahabat yang telah dikenali keluarga menyebabkan kita sering berasa bahawa dia adalah jodoh. 

 

4. Selalu doakan dia

Apabila namanya sering menjadi sebutan di dalam doa menjadikan sifat ingin memiliki semakin tinggi dan meletakkan harapan terhadap diri seseorang. Oleh kerana selalu teringatkan dia, minda kita termanipulasi dengan perbuatan dan akan menghasilkan mimpi tentang insan tersebut. Segala tentangnya telah menjadi ingatan serta kepentingan untuk kita.

 

 

Kesimpulannya, segalanya kembali kepada diri kita sendiri dan usaha kita untuk menjadikan seseorang sebagai peneman hidup. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen